Mah Berikrar Perkuatkan Gerakan

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mah Siew Keong. Foto BERNAMA
Mah Siew Keong. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden baharu Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berjanji untuk menjadikan Gerakan sebuah parti yang lebih kuat apabila berakhirnya penggal pertama beliau menyandang jawatan itu pada 2016.

Mah berkata, beliau merancang untuk melakukan beberapa perubahan terhadap Gerakan dan meminta pemimpin lain serta anggota parti itu supaya memberi sokongan padu kepadanya.

"Percayalah kepada saya. Anda (anggota pewakilan) sudah memilih saya sebagai presiden baharu. Oleh itu, sekarang berilah masa dan sokongan kepada saya untuk menambah baik parti ini.

"Saya tahu, apabila saya melaksanakan perkara baharu selepas ini, ramai yang tidak akan gembira dengan saya. Tapi, tolonglah, jangan tergesa-gesa membuat andaian. Usah lihat bagaimana saya memulakannya (sebagai presiden parti), tapi lihatlah bagaimana saya menyempurnakannya (tugas saya) pada akhir penggal pertama nanti," katanya.

Mah menyatakan perkara itu dalam ucapan sulungnya sebagai presiden parti ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada akhir Persidangan Perwakilan Kebangsaan Ke-42 Gerakan di Menara PGRM di sini Ahad.

Mah memberitahu anggota perwakilan bahawa Gerakan mempunyai masa depan yang cerah dan akan terus relevan dalam landskap politik semasa.

Ketika menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mah melahirkan harapan agar Najib meluaskan konsep 1Malaysia kepada segenap lapisan masyarakat.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, semangat 1Malaysia begitu kuat, tapi selepas itu, saya dapati ia agak menurun sedikit. Kita sudah memulakan kempennya, maka kini kita tidak boleh berundur.

"Saya harap kita akan meneruskan kempen ini untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudian, Mah berkata walaupun majoriti barisan penyandang jawatan dalam parti itu adalah muka baharu, namun orang lama tidak akan diketepikan.

"Muka baharu ini akan menjadi kesinambungan kepada muka lama. Ini tidak bererti muka-muka lama akan tiada lagi. Muka lama tetap akan menyokong dari belakang," katanya.

Ditanya sama ada Gerakan akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) seperti yang disuarakan ramai anggota perwakilan, Mah menegaskan bahawa perkara itu tidak akan berlaku kerana ia bukan merupakan pendirian majoriti anggota parti.

"Datuk Seri Najib Tun Razak masih merupakan pemimpin terbaik dan kami meyokong beliau," katanya sambil menambah bahawa walaupun terdapat kecenderungan akan berlaku perselisihan pendapat antara anggota parti gabungan itu, tetapi inilah yang menjadikan ikatan kekeluargaan lebih kuat.

Beliau bagaimanapun berkata, Gerakan ingin memainkan peranan lebih besar dalam BN.

Sementara itu, bekas pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, menyuarakan keyakinan penuh beliau terhadap kepimpinan Mah dan pasukannya.

"Jawatankuasa ini dianggotai anak muda, profesional, pekerja parti peringkat akar umbi dan aktivis politik dalam Gerakan. Gandingan seperti ini mampu mengendalikan parti ini dengan baik, terutama apabila begitu banyak isu dihadapi Gerakan sejak beberapa bulan selepas Pilihan raya Umum ke-13," katanya.

Chang berkata, setakat ini beliau belum lagi bersara daripada politik dan akan terus bekerja untuk parti itu di bahagiannya di Beruas, Perak.

Ditanya sama ada beliau akan menyandang sebarang jawatan dalam Gerakan, katanya beliau menyerahkan perkara itu untuk diputuskan kepimpinan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan