Gula: Kerajaan Bertanggungjawab Akan Lakukan Perkara Betul - PM

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa pada Sabtu yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sebenarnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.

Rakyat Malaysia perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka, katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2013 Parti Gerakan di Menara PGRM di sini, Sabtu.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri.

"Ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan kita mesti terus memberitahu rakyat perkara yang betul dan benar. Akhirnya, mereka akan menerima," katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.

"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).

"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.

"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan