Bajet 2014: Pengurangan Cukai Bantu Golongan Berpendapatan Rendah - Tee Yong

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurangan cukai pendapatan akan membantu golongan berpendapatan rendah untuk berdepan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa pada tahun 2015, kata Ketua Biro Profesional Muda Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai pendapatan bercukai antara RM50,000 dan RM70,000 akan mengalami pengurangan cukai dari 19 peratus kepada 16 peratus.

GST, katanya adalah untuk meluaskan kutipan hasil bersih, sambil menambah rekod yang sepatutnya bagi meningkatkan pematuhan dan mengelakkan pengelakan cukai penting untuk mencapai tujuannya.

Keputusan ini yang selaras dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan defisit, akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing dan meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun depan, kata Chua.

"FDI adalah penting dalam membantu untuk memastikan kestabilan ekonomi, menarik lebih ramai pelabur dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang, pada kadar enam peratus.

Chua berkata pengecualian ke atas barangan dan perkhidmatan yang penting adalah penting untuk mengurangkan kesan GST terhadap kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau juga mencadangkan GST akan ditetapkan di antara empat dan lima peratus kerana maklum balas mendapati kadar enam peratus agak tinggi.

Chua berkata GST adalah untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dan penting bagi kerajaan memberikan maklumat lanjut mengenai kesannya kepada kepada pengguna untuk membantu membendung penyelewengan.

Mengenai Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) beliau berkata kebanyakan daripadanya tidak bersedia untuk pelaksanaan GST, dan menggesa kerajaan menyediakan subsidi latihan dan perisian untuk membantu mereka dalam tempoh peralihan.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina dan Industri Johor, Datuk Loh Liam Hiang berkata GST enam peratus "agak tinggi" untuk permulaan.

"Apabila Singapura melaksanakan GST, mereka memperkenalkan tiga peratus pada mulanya dan secara beransur-ansur meningkat kepada tujuh peratus."

"Persatuan kami mengadakan mesyuarat sebelum ini dan ahli-ahli kami merasakan bahawa peratusan yang munasabah untuk memulakannya adalah empat peratus, " katanya.

Presiden Chinese Chamber of Commerce Pulau Pinang Datuk Seri Choot Ewe Seng berkata beliau menjangka beberapa perniagaan akan menghadapi masalah rumit pada peringkat awal kerana ia melibatkan cukai kompleks dan prosedur perakaunan.

Presiden Persatuan Perniagaan India Johor P. Sivakumar mencadangkan sebahagian besar daripada wang yang dikumpul melalui GST disalurkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata bahawa GST akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan