16 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.

"Petugas Tabung Haji yang berada di Makkah akan memaklumkan kepada saya sekiranya ada jemaah haji kita yang meninggal di sana supaya pihak kita dapat memaklumkan kepada waris si mati," katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga seorang jemaah yang meninggal dunia di Makkah, di Kampung Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena dekat sini, Ahad.

Abdul Azeez menziarahi keluarga Allahyarham Jasin Taib, 73, yang meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin lalu akibat sakit tua.

Rombongan Tabung Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52.

Abdul Azeez berkata Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara'ik di Makkah.

Beliau berkata isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 November ini.

Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 November.

Sementara itu, Ghazali berkata arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana.

"Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan