Penubuhan Universiti Pertanian Baharu Tidak Perlu - Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah cadangan menubuhkan sebuah universiti pertanian yang baharu adalah tidak perlu.

Menurut baginda sebaliknya peruntukan untuk tujuan itu disalurkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi usaha memperkasakan lagi pertanian berteknologi tinggi.

"Beta ingin UPM menjadi sumber rujukan, diteladani masyarakat dan industri dalam mencari yang terbaik dari aspek kesarjanaan dan penyelidikan demi kesejahteraan serta kemakmuran negara," titah baginda pada Majlis Konvokesyen UPM ke-37 di sini, Sabtu.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM turut berharap universiti itu melakukan anjakan paradigma dan mempergiat usaha penyaluran ilmu pengetahuan serta kepakaran menerusi kelebihan yang dimiliki.

"Beta berharap UPM akan terus dimajukan untuk tujuan kepentingan pendidikan tinggi bagi manfaat masyarakat selaras dengan tujuan asal penganugerahan tanah di kawasan ini kepada UPM oleh almarhum nenda beta," titah Sultan Selangor.

Titah baginda lagi, UPM mempunyai peranan secara langsung bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan, menerusi pembangunan sumber manusia, pembekalan dan pemindahan teknologi.

Justeru, baginda berharap cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Jaminan Makanan di UPM mendapat pertimbangan pihak kerajaan kerana ia selaras dengan matlamat Pelan Strategik UPM.

"Penubuhan entiti itu adalah melestari Strategi Lautan Biru Kebangsaan secara kolaborasi dengan agensi lain terutamanya agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pendidikan," titah baginda.

Pada sesi pertama konvokesyen itu, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan ijazah kepada 795 graduan diketuai penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Presiden Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Jepun Prof Dr Morio Matsunaga.

Konvokesyen empat hari bermula Sabtu, bakal menyaksikan 7,149 graduan pelbagai program pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan