Najib Berlepas Ke London Hadiri WIEF

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berlepas ke United Kingdom untuk mengadakan lawatan kerja di London dan Manchester, mulai 27 hingga 31 Oktober bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-9.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dengan menaiki pesawat khas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada pukul 2.20 petang.

Najib yang juga penaung WIEF, dijangka menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan dan menjadi hos makan tengah hari serta majlis makan malam bagi para peserta forum.

Beliau juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Britain David Cameron, pemimpin dan ketua negara dan kerajaan yang menghadiri WIEF.

Enam belas pemimpin negara dan ketua kerajaan telah mengesahkan penyertaan selain 2,000 peserta ke WIEF yang bertemakan 'Dunia Berubah, Hubungan Baharu'.

Perdana Menteri juga dijangka akan melawat Manchester bagi menghadiri program sukarelawan 1Malaysia For Youth (1M4U) selain bertemu rakyat Malaysia di Manchester.

Najib dan Rosmah juga dijadual menyambut perayaan Deepavali 1Malaysia, anjuran masyarakat Malaysia di London. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan