Najib Adakan Lawatan Kerja Ke London, Manchester Mulai 26 Hingga 31 Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke London dan Manchester mulai 27 hingga 31 Oktober ini bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) kesembilan di sini serta menghadiri program sukarela dan bertemu rakyat Malaysia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan mengambil peluang untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan Britain David Cameron, yang akan turut menghadiri WIEF, bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Selain Cameron, Perdana Menteri juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan ketua-ketua negara atau kerajaan lain yang turut menghadiri forum berkenaan, demikian menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini.

Edisi kesembilan WIEF itu, yang kali pertama diadakan di luar negara Islam, adalah dengan kerjasama kerajaan UK dan Yayasan WIEF Malaysia.

Seramai 16 ketua negara atau kerajaan mengesahkan penyertaan mereka pada forum itu termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Afghanistan Hamid Karzai, Presiden Kosovo Atifete Jahjaga dan Presiden Bank Pembangunan Islam Dr Ahmad Mohamed Ali, yang juga merupakan Felo Kehormat Yayasan WIEF.

Bertemakan "Mengubah Dunia, Hubungan Baharu", forum ini dijangka dihadiri hampir 2,000 peserta.

Pada hari pertama forum, Najib, sebagai penaung forum berkenaan akan menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian dan menjadi hos kepada majlis makan tengah hari dan majlis makan malam gala untuk para peserta.

Prince of Wales, Putera Charles dijangka menghadiri majlis makan malam gala itu. Pada hari kedua WIEF, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan pada acara anjuran Agensi Inovasi Malaysia dan juga mengadakan siri pertemuan dengan komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta para pegawai daripada kementerian dan agensi berkaitan.

WIEF, yang dianjurkan setiap tahun, menyediakan platform perniagaan bertaraf dunia yang menampilkan peluang perniagaan dalam dunia Islam.

Memandangkan lawatan Perdana Menteri hampir dengan sambutan Deepavali, beliau dan Rosmah akan turut mengambil peluang menghadiri sambutan Deepavali 1Malaysia, anjuran masyarakat Malaysia di London.

Selain itu, beliau akan melawat Manchester di mana beliau dan isteri akan terlibat dalam program sukarela 1M4U serta bertemu rakyat Malaysia yang tinggal di bandar yang terkenal dengan pasukan bola sepak terkemuka di seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan