Muhyiddin Sokong Sekolah Pondok Dijadikan Sekolah Bantuan Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan.

"Saya sokong 100 peratus sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan untuk kukuhkan institusi pendidikan Islam kita," katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata semua usaha membangunkan sistem pendidikan, termasuk pendidikan Islam, dilaksanakan kerana kerajaan mahu melihat rakyat negara ini menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.

Muhyiddin berkata selain itu kerajaan juga membuka peluang seluas-luasnya kepada pendidikan Islam dibangunkan di negara ini.

Malah, katanya, Malaysia sudah menjadi negara contoh dalam banyak perkara termasuk dalam soal pembangunan pendidikan Islam.

Menyentuh mengenai bantuan untuk sekolah agama rakyat di Kedah, Muhyiddin berkata malah semasa kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Pusat tetap memberikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Kini, lebih 7,000 pelajar di tujuh maahad tahfiz dan sekolah agama di kawasan itu diberikan bantuan makanan, yang melibatkan peruntukan lebih RM35 juta katanya.

"Ia masih diteruskan oleh kerajaan negeri, diletakkan di bawah Yayasan Darul Aman. Kita tidak pernah tanya status mereka, Umno ke PAS ke. Yang penting Islam," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kerajaan sentiasa mengajak umat Islam dan ulama negara ini supaya bersatu walaupun berbeza ideologi politik.

"Ada kata Umno dan PAS tak boleh bersatu. Saya kata Umno bersedia sampai bila-bila nak bersatu. Sebab itu semasa Tan Sri Azizan (bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak) meninggal dunia kita beri penghormatan kepada dia," katanya.

"Sebagai orang Islam tidak ada masalah bagi kita. Biar berbeza pandangan dan idelogi politik tetapi Islam kita tidak berbeza. Apa yang beza antara Umno dan PAS, cuma dia pakai hijau, kita pakai biru," kata Muhyiddin.

Beliau turut mengajak tokoh-tokoh agama dan guru-guru Kafa supaya bekerjasama dengan kerajaan sebagai pasukan yang mantap untuk membimbing anak-anak bangsa ke masa depan yang lebih berjaya.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM118,000 kepada Persatuan Guru Kafa Daerah Yan, Persatuan Pegawai Masjid Daerah Yan dan Persatuan Guru Tahmir Daerah Yan.

Muhyiddin turut memuji usaha membangunkan sekolah itu secara persendirian dan berharap ia menjadi contoh sekolah pondok yang berjaya di masa hadapan.

Sementara itu Zulkiflie memberitahu Bernama, sekolah itu merupakan cawangan pusat pengajian Rubat Tareem di Yemen dan dibina di kawasan seluas 1.2 hektar pada 2009, dan kini mempunyai 156 orang pelajar.

Setakat ini seramai 15 pelajar sekolah itu telah tamat pengajian dan kini menyambung pengajian di Yemen, katanya.

Beliau berkata sekolah itu mengenakan yuran pengajian hanya RM180 sebulan bagi setiap pelajar, tanpa mengenakan had umur.

Antara yang menarik mengenai pondok pengajian berkenaan ialah konsep bangunannya yang berbentuk rumah kampung yang dibina dengan landskap di dalam taman berserta kolam ikan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan