Keng Liang Menang Pemilihan Ketua Pemuda Gerakan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memenangi jawatan Ketua Pemuda Gerakan bagi penggal 2013/2016 pada Persidangan Sayap Pemuda Gerakan yang berlangsung di Menara PGRM di sini, Jumaat.

Tan memperoleh 210 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan bekas Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong yang mendapat 165 undi.

Pengumuman dibuat oleh Penyelia Pemilihan Pemuda Gerakan, Ong Khang Voon.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangannya, Tan menjelaskan matlamat utama beliau ialah untuk memastikan Gerakan dan Barisan Nasional (BN) mencapai keputusan lebih baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya juga berharap selepas pemilihan ini, semua pihak bersatu hati demi kepentingan parti dan BN. Senarai exco Pemuda Gerakan akan saya umumkan tidak lama lagi selepas berunding dengan semua pihak," katanya. Jawatan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan pula dimenangi Andy Ying Kim Seng sementara Naib Ketua Pemuda Gerakan dimenangi Ee Chin Oon, Yap Wen Piau dan Raja Muharimi Raja Muhammad.

Turut diumumkan malam Jumaat ialah senarai 12 pemenang jawatan anggota jawatankuasa Pemuda Gerakan Nasional dan 18 anggota jawatankuasa Wanita Gerakan.

Wanita Gerakan turut bermesyuarat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan