Idris Haron Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kejuruteraan UTEM

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada Sabtu menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kejuruteraan sempena Majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Anugerah tersebut disampaikan Canselor UTeM, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Idris yang pernah bertugas sebagai jurutera di Lembaga Letrik Negara (kini Tenaga Nasional Berhad) berkata penganugerahan tersebut merupakan penghormatan terhadap diri dan keluarga yang begitu memahami kesibukannya bekerja selama ini.

"Saya tidak menduga akan dipilih menerima anugerah ini kerana ramai lagi yang lebih berkelayakan namun saya percaya bahawa segalanya telah ditentukan Allah dan ada pihak yang melihat sumbangan dan kepakaran saya dalam bidang kejuruteraan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.

Seramai 2,133 graduan dari enam fakulti termasuk Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik menerima Diploma; Ijazah Sarjana Muda; Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Idris berkata, anugerah tersebut akan menjadi galakan kepadanya untuk bekerja lebih kuat dengan mutu tertinggi khususnya dalam mentadbir negeri Melaka.

Sementara itu, dua graduan universiti itu Norezmi Md Jamal dan Thomas Ding, kedua-duanya berusia 24 tahun menerima Anugerah Pelajaran Diraja.

Norezmi, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian, menjadikan kejayaan abangnya Mohd Faizal, 37, seorang jurutera bidang mekanikal sebagai pendorong utama kecemerlangannya.

"Abang merupakan individu paling banyak memberi sokongan kepada saya untuk berjaya dalam bidang akademik dan dia menjadi rujukan utama saya berhubung bidang kejuruteraan," katanya yang memperoleh CGPA 3.68.

Sementara itu, Thomas berkata sokongan serta dorongan bapanya Ding Teng Seu, 52, serta ibu Cheng Li Li, 52, yang bekerja sebagai petani di Cameron Highlands, Pahang merangsangnya menjadi pelajar cemerlang demi masa depan diri dan keluarga.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian yang memperoleh CGPA 3.65 itu berkata tunjuk ajar pensyarah juga memainkan peranan penting membantunya mencapai kejayaan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan