Gerakan Masih Ada Masa Depan - Chang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan masih mempunyi masa depan, kata Pemangku Presidennya Datuk Chang Ko Yun.

"Gerakan mempunyai harapan penuh. Saya bimbang kami kehilangan beberapa perwakilan selepas PRU13 tetapi melihat kepada jumlah perwakilan yang bertanding jawatan untuk untuk menerajui parti ke arah baharu, kebimbangan saya ternyata salah," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Kebangsaan di sini, Jumaat.

Beliau menambah pemimpin baharu Gerakan juga perlu membantu membuat perubahan persepsi umum terhadap pegawai kerajaan. "Tangani isu rasuah, pendidikan, perumahan, trafik, keselamatan, perkhidmatan awam yang masih belum dapat diselesai (sepenuhnya) oleh kerajaan," katanya.

Chang berkata kerajaan perlu menukar persepsi negatif dan ia merupakan misi Gerakan untuk mengembali kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

"Generasi muda menjadi tidak sabar. Kita mesti mencari jalan untuk mengajak mereka kembali kapada pihak kita dengan membantu mereka menyelesaikan segala masalah yang melibatkan mereka," katanya.

Ketua Pemuda Gearakan Datuk Lim Si Pin pula berkata generasi Pemuda Gerakan seterusnya perlu menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi mencapai wawasan parti. "Selain menambah baik hubungan baik antara kita, kita perlu meningkat hubungan dengan media, mengadakan lebih banyak dialog terbuka yang membincangkan isu semasa dan yang melibatkan masa depan kita," katanya.

Sementara itu Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata bagi mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat, Barisan Nasional (BN) perlu menangani isu rasuah. "Suara rakyat yang mahukan perubahan dan komitmen kerajaan untuk membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan dengan menjadikannya telus, efisien dan kredibel perlu ditangani sekarang dan tidak menunggu hingga pilihan raya umum seterusnya," katanya.

Tan berkata Wanita Gerakan menerima cabaran untuk mengkaji kelemahan B Nserta melakukan perubahan drastik demi kelangsungan Gerakan terutama semasa pemilihan parti.

Masing-masing kira-kira 500 perwakilan Wanita dan Pemuda menghadiri persidangan sehari itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan