Bajet 2014 Penuhi Aspirasi Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik - Abdul Rahman

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Bajet 2014 sebagai memenuhi aspirasi rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.

Beliau berkata bajet bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' itu mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

"Sektor perumahan terus menerima peruntukan tambahan dalam usaha kerajaan meningkatkan bekalan rumah mampu milik, selain aspek kesejahteraan bandar juga tidak diabaikan," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Ketika membentang Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta tahun depan Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 16,473 unit akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta.

Selain itu, JPN akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta manakala 80,000 unit lagi dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menerusi peruntukan RM1 bilion.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).

Kerajaan juga memperkenal kategori baharu RMM dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000, yang mana kerajaan akan memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.

Sementara itu, Abdul Rahman turut menyambut baik langkah kerajaan menubuhkan 24 Zon Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan sebanyak RM63 juta.

"Penubuhan ini akan meningkatkan lagi koordinasi dan kesejahteraan komuniti khususnya di bandar.

"JPP akan bertindak sebagai satu entiti yang dianggotai wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan masyarakat di samping menangani isu perbandaran di kawasan PBT," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan