Anwar Tolak Cadangan Laksana GST

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem percukaian tersebut dilihat akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Anda tidak fokus kepada isu asas pentadbiran yang baik jadi anda menghukum rakyat dengan memperkenalkan sistem percukaian baharu kerana anda tiada pilihan lain.

"Oleh kerana anda bertanggungjawab menggunakan wang rakyat anda perlu memperkenalkan sistem cukai itu dan kami menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan menurunkan kadar cukai kepada golongan kaya dan pelabur tetapi pada masa sama akan melaksanakan sistem cukai baharu yang akan memberi kesan kepada rakyat.

"Jika anda ingin mengurangkannya, perlu ada polisi yang rasional yang meliputi semua peringkat tetapi apa yang berlaku sekarang, anda bercakap mengenai insentif, cukai untuk golongan kaya, pelabur dan memperkenalkan GST serta menarik balik subsidi atas nama rasionalisasi," katanya.

Anwar berkata, intipati keseluruhan pembentangan Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai membebankan rakyat dengan memperkenalkan cukai baru.

"Saya berharap agar kerajaan akan menarik balik cadangan GST dan memperkenalkan sistem cukai yang berbeza. Jangan bandingkan pelaksanaannya dengan negara lain.

"Kita tidak pertikaikan pelaksanaannya jika keadaan pendapatan rakyat meningkat. Bagi mengatasinya selesaikan dahulu masalah ketirisan dan rasuah," katanya.

Najib mengumumkan pelaksanaan GST akan dikuatkuasakan di negara ini pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan.

Menurut Najib, kadar sebanyak 6% yang dikenakan adalah yang terendah berbanding negara Asean yang lain.

Dalam pada itu, Anwar berkata satu sidang media bagi mengulas lanjut mengenai pembentangan Belanjawan 2014 itu akan diadakan pada Isnin depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan