Tolong Henti Sebar Gambar Dan Video Isteri Saya - Suami

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suami kepada pegawai bank yang dibunuh, Norazita Abu Talib merayu kepada orang ramai supaya berhenti berkongsi gambar dan video tragis kejadian tembakan isterinya.

Irwan Kamaruddin, 37, yang kehilangan isteri akibat ditembak telah menggesa supaya "semua orang-orang yang mempunyai salinan gambar dan video kejadian agar memadamnya.

"Anak-anak saya bersedih dan akan menjadi lebih sedih melihat gambar-gambar ibu mereka dalam keadaan seperti itu. Secara tidak langsung, penyebaran rakaman itu mengaibkan arwah isteri saya dan keluarga," katanya.

Norazita, ibu kepada dua orang anak sedang membuka pintu bilik kebal dengan rakan sekerjanya di bank di Jalan USJ Sentral 2 pada petang Rabu apabila dan ditembak di muka dengan senapang.

Video berdurasi 33 saat kejadian itu telah merebak ke pelbagai rangkaian sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan juga memberi amaran terhadap sesiapa yang memuat naik gambar atau rakaman Norazita yang telah dibunuh dengan kejam oleh suspek.

"Kakitangan polis atau orang awam adalah dilarang daripada memuat naik gambar-gambar atau video melalui mana-mana cara.

"Ia sangat tidak menghormati keluarga mangsa," katanya.

Beliau menambah memuat naik gambar atau video adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh menghadapi hukuman penjara satu tahun, denda RM 50,000 atau kedua-duanya sekali.

"Rakaman dan gambar yang dimuat naik setakat ini menunjukkan mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak sensitif.

"Hentikan memuat naik atau berkongsi atau kami akan mengambil tindakan," katanya sambil menambah, polis sedang mencari mencari mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik rakaman itu.

Beliau berkata polis telah menggiatkan usaha mencari suspek utama, yang dipercayai masih berada di negeri ini.

"Kami juga telah meningkatkan keselamatan di semua pintu masuk untuk mengelakkan suspek melarikan diri," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan