Sektor Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar apabila kerajaan menyediakan RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada jumlah keseluruhan Bajet 2014 bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu menunjukkan kerajaan komited untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi.

"Pendidikan adalah segalanya. Sejak zaman bahari, sesebuah ketamadunan bangsa tidak akan kekal lama jika seandainya tidak diakari dan dibajai dengan ilmu dan pengetahuan," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan juga akan memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mencapai objektif bagi membawa Malaysia ke tahap kategori 'sepertiga teratas' dalam kedudukan pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata bagi terus memartabatkan kecemerlangan pendidikan bermula di peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah, beberapa program akan dilaksanakan tahun depan.

Katanya kerajaan amat prihatin tentang pendidikan awal anak-anak kerana tempoh itu amat kritikal dalam menentukan proses tumbesaran fizikal dan minda terbaik dan sebanyak RM530 juta disediakan bagi program prasekolah serta menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan.

Najib berkata sejumlah RM209 juta disediakan bagi melaksanakan program pemantapan profesion guru dengan memberi tumpuan kepada tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran serta kemahiran menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Katanya sebanyak RM168 juta pula diperuntukkan bagi memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara manakala RM831 juta bagi membina 33 sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah usang.

Bagi meneruskan komitmen kerajaan di bawah Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, Najib berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM450 juta kepada tabung berkenaan. Daripada jumlah itu, katanya RM100 juta kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat.

Pada pembentangan Bajet 2012 dan 2013, kerajaan menyediakan masing-masing RM1 bilion di bawah kedua-dua tabung berkenaan, khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Beliau berkata bagi memperkasa pendidikan tertiari, kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

Katanya antara program yang akan dilaksanakan termasuk meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa dan sebanyak RM600 juta disediakan sebagai geran penyelidikan di IPTA.

"Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, RM110 juta disediakan bagi tujuan tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang terkemuka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan