ROS Terima Satu Lagi Aduan Mengenai CEC Baharu DAP

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Khamis menerima satu lagi aduan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baharu.

Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat berkata, semua aduan yang diterima akan disiasat secepat mungkin namun hasilnya tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Kita khuatir jika hasil laporan didedahkan kepada umum akan menjejaskan mana-mana individu atau pertubuhan," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan itu daripada Goh Swee Huat, anggota DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang di pejabatnya di sini.

Alias berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang dokumen daripada DAP mengenai pemilihan baharu itu.

Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu ROS menyiasat berhubung ketidaktelusan pemilihan baharu CEC pada 29 September lepas kerana dipercayai ada anggota yang dipecat turut mengundi dalam pemilihan itu.

"Pemilihan CEC juga harus dibuat menerusi kongres kebangsaan bukan kongres khas atau kongres khas kebangsaan. Ini sudah melanggar undang-undang parti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan