Peruntukkan RM6 Bilion Untuk Pelaksanaan Program Pertanian

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara inisiatif utama ialah menubuhkan 'Food and Angro Council for Export' (FACE) yang akan dipengerusikan oleh menteri pertanian dan industri asas tani yang bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga akan diperkukuh untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport.

Najib berkata untuk memastikan kesegaran produk pertanian, kerajaan akan menyediakan kemudahan 'bilik sejuk' di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata selain daripada meningkatkan eksport negara, ia juga dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para petani.

"Memandangkan permintaan dan harga yang tinggi, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 60 pasar tani, 50 pasar ikan dan 50 karavan tani akan dibuka selain memperluas 100 buah gerai buah-buahan segar di seluruh negara yang akan dikendalikan oleh Fama dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif yang merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

"Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM243 juta bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan," katanya.

Najib berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM634 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkatkan produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18,000 tan metrik yang dijangka dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan