Penubuhan Akademi Inovasi Wanita Buka Tirai Baharu Perjuangan Hawa - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Akademi Inovasi Wanita yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merupakan pembuka tirai baharu dalam perjuangan wanita Malaysia.

Penasihat Pembangunan Keusahwanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penubuhan akademi itu merupakan satu pengiktirafan kepada wanita yang telah menyokong kerajaan ke arah merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju.

"Ini juga selaras dengan agenda transformasi negara ke arah mengukuhkan peranan wanita dalam arus perdana pembangunan khususnya dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata bagi meneruskan program pembangunan wanita dan institusi kekeluargaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi melaksanakan pelbagai program.

Antaranya penubuhan Akademi Inovasi Wanita di bawah naungan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), yang akan merangka program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Ramani Gurusamy berkata pihak berkenaan perlu memastikan penubuhan akademi itu mempunyai dasar pelaksanaan berkesan supaya ia menepati objektif akademi dan memanfaatkan wanita.

Beliau berharap akademi itu kelak mampu melatih seramai mungkin wanita dalam bidang-bidang berkaitan dengan memberi manfaat paling maksimum.

Mengenai pelaksanaan pelbagai program bagi membantu wanita termasuk pesakit barah payudara, Ramani berkata ia pastinya antara berita gembira bagi NCWO kerana telah memperjuangkan perkara itu, sejak sekian lama.

"Kanser payudara adalah penyakit yang menjadi antara pembunuh utama golongan wanita di negara ini.

"Justeru, perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam agenda pembangunan dan kesihatan wanita (dalam Bajet 2014) amatlah kami hargai," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan