Pembayar Cukai Nikmati Pendapatan Boleh Dibelanjakan Lebih Tinggi - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mencadangkan kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai untuk menambah pendapatan boleh guna.

"Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen di sini, Jumaat.

Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4 ribu sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. "Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai," tegas beliau.

Langkah baharu yang berkuat kuasa mulai 2015 ini ialah satu daripada pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat semasa tempoh peralihan bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kadar GST ditetapkan pada enam peratus dan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015, kira-kira 17 bulan dari hari ini.

Najib berkata struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekalkan dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

"Untuk memastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada RM400,000.

"Kadar cukai maksimum yang kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus," kata beliau. Menurut Najib, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan berpendapatan sederhana yang merupakan bilangan pembayar cukai pendapatan terbesar. "Mereka juga turut terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat," kata beliau.

Untuk terus membantu golongan ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan.

"Langkah ini akan memberi penjimatan bayaran cukai sehingga RM480. Kumpulan ini telah menikmati penjimatan cukai sehingga RM475 ke atas pendapatan yang diperoleh pada tahun 2013 semasa Kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai dalam bajet yang lalu," tegas beliau.

Najib juga mencadangkan supaya pembayar cukai tidak diperlukan mengemukakan borang penyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa potongan cukai berjadual (PCB) adalah dianggap cukai muktamad.

"Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014," kata beliau.

Beliau menambah kata bahawa pada masa ini pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian dan membuat PCB perlu mengemukakan borang cukai sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

Kata Najib syarat mengemukakan borang penyata cukai oleh pembayar cukai yang dikenakan PCB telah menimbulkan kekeliruan, kerana walaupun PCB telah dibuat, borang penyata cukai masih perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan