Pelajar Dibunuh Bakal Terima Ijazah Bulan Depan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kwan Chun Tai
Kwan Chun Tai

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelajar kolej yang dibunuh, Kwan Chun Tai (gambar) berkata, anaknya bakal mendapat ijazah perniagaan dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR) pada bulan depan.

Pekerja di sebuah butik, Ean Yong Siang , 55, berkata perbualan terakhirnya dengan Kwan adalah pada pukul 11 ​​pagi Rabu apabila dia meminta anaknya untuk pulang ke rumah bagi mengambil surat-suratnya.

Dia menambah bahawa Kwan, yang merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik adalah seorang yang rajin dan sangat aktif di kolej.

"Saya tidak percaya apabila polis memberitahu saya dia telah dibunuh ... siapa yang sangguh mencederakan anak saya," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Dia menambah, mayat Kwan akan dibawa ke Kwong Tong Funeral Parlour di Jalan Dewan Bahasa untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Hakimi berkata, dia tergamam melihat insiden seorang lelaki mati ditikam betul-betul di hadapannya.

Katanya, dia menunggang motosikal pulang ke rumah, di kawasan perumahan di belakang stesen LRT Putra Taman Melati apabila dia melihat serangan kejam terhadap seorang pemandu van, Lee Kah Ghee.

Seorang tauke kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Ifran, dalam lingkungan 40an berkata, dia terkejut apabila budak penghantar barang itu berhadapan dengannya di luar kedai di Jalan Tumbuhan dan menumbuk mukanya.

"Dia bersenjatakan pisau dan ketika itu saya hanya memikirkan untuk menyelamatkan isteri saya," katanya, sambil menambah bahawa orang ramai yang mengemuruni suspek yang berjaya ditahan sejurus selepas kejadian.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan