PAS Pertahan Tindakan Sentuh Peribadi Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: PAS mempertahankan tindakan mereka menyerang kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk menyentuh isu peribadi Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pengarah Operasi PAS PRK Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pendedahan mengenai kelemahan pihak lawan merupakan kaedah 'politik damai' yang diamalkan PAS.

"Saya ingin katakan bahawa politik damai ini bukan bermaksud politik yang tak boleh sentuh atau bangkitkan tentang kelemahan, penyelewengan atau apa-apa yang melibatkan pentadbiran kerajaan.

"Jadi sudah tentulah di samping beritahu dan tawarkan kepada rakyat (mengenai janji PAS), kita juga perlu beritahu bahawa di sana (pentadbiran kerajaan BN) ada kekurangan dan penyelewengan yang boleh merencatkan proses mensejahterakan rakyat Kedah," katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mukhriz yang tidak akan melatah atau terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang menyerang peribadinya sebagai modal kempen.

Kenyataan Mukhriz itu dibuat susulan tindakan pembangkang yang tidak henti-henti menyentuh isu peribadinya termasuk mengenai kekalahannya dalam pemilihan Umno baru-baru ini serta turut mengaitkan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut Amiruddin berkata, PAS akan terus menyerang BN dengan pelbagai isu walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk mengamalkan politik damai iaitu berkempen dalam suasana harmoni.

"Itu (politik damai) tidak menghalang kita untuk terus menyebut (kelemahan). Saya rasa beliau (Mukhriz) harus faham bahawa ini juga adalah politik damai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan