Najib Tiba Di Parlimen Bentang Belanjawan 2014

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Bangunan Parlimen pada 3.40 petang Jumaat untuk membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini.

Sambil membimbit beg berwarna hitam, Najib yang juga Menteri Kewangan kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan menuju ke Dewan Rakyat.

Beliau diiringi Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Najib yang berpakaian baju Melayu berwarna jingga turut memberi gaya istimewa sambil menunjukkan beg bimbitnya kepada para jurugambar yang menunggu ketibaannya sejak 2 petang.

Pembentangan Bajet 2014 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi dan rakyat.

Bajet itu antara lain dijangka menambah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan sederhana dalam meringankan beban terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan