Najib Menghadap Agong Mohon Perkenan Bentang Belanjawan 2014 - Berita Semasa | mStar

Najib Menghadap Agong Mohon Perkenan Bentang Belanjawan 2014

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menerima menghadap bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk membentangkan Bajet 2014 di Istana Negara, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini, pagi Jumaat bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk beliau membentangkan Bajet 2014.

Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu sebelum beliau membentangkannya di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama Seri Paduka sebelum dilihat keluar dari perkarangan Istana Negara dengan kenderaan rasminya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan