Kerajaan Wujud Dana RM50 Juta Galak Graduan Teroka Bidang Keusahawanan - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Wujud Dana RM50 Juta Galak Graduan Teroka Bidang Keusahawanan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta menerusi Dana Keusahawanan Graduan bagi menggalakkan golongan itu meneroka bidang keusahawanan selepas tamat pengajian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu dijangka mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.

Dana itu yang akan diurus oleh SME Bank, akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar empat peratus, katanya. Kerajaan juga merancang mewujudkan Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional (NEDO), entiti untuk merangka pelan pembangunan usahawan.

Beliau berkata pelan pembangunan usahawan akan dirangka bagi menyediakan ekosistem kondusif yang menekankan penjanaan idea, yang boleh dikomersilkan, infrastruktur untuk latihan dan inkubator, modul keusahawanan, kemudahan pembiayaan serta pemasaran.

NEDO akan diwujudkan menerusi Unit Strategi Nasional di Kementerian Kewangan yang akan merancang dan menyelaras semua aktiviti berkait keusahawanan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan melatih dan memupuk lebih ramai usahawan muda supaya mereka dapat menjadi ahli perniagaan berjaya.

"Oleh itu kerajaan komited dalam memastikan pembangunan usahawan menjadi elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.

Sementara kerajaan akan menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), satu pusat sehenti untuk memperkasa usahawan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan