Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Salah Laku Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan ketua setiausaha negara bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini. "Kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara itu. Demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan menjaga imej dan kredibiliti sektor awam, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas itu," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan penyiasatan dan tindakan tatatertib ke atas lebih daripada 100 kes ketidakpatuhan kepada prosedur kewangan termasuk prosedur perolehan selain 15 kes disiasat untuk tindakan pendakwaan di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebagai langkah penambahbaikan, katanya, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai SPRM di setiap kementerian bagi meningkatkan pematuhan dan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, katanya, Transformasi Perkhidmatan Awam akan dilaksanakan di setiap kementerian sebagai langkah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

"Langkah ini amat penting bagi mengukuh dan menyusun semula organisasi supaya relevan dengan perkembangan semasa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan