Kerajaan Peruntuk RM1 Bilion Dana Pemudahcara Perumahan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM4 bilion untuk Dana Mudahcara sebagai inisiatif menggalakkan pelaksanaan projek swasta berimpak tinggi dan strategik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Daripada jumlah ini, saya mencadangkan RM1 bilion dikhususkan sebagai Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS. "Pemaju yang menerima geran ini mesti mematuhi terma dan syarat serta harga jualan rumah yang ditetapkan oleh kerajaan," kata beliau semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan melaksanakan program membaik pulih dan meningkatkan keselesaan serta mengindahkan rumah kos rendah milik kerajaan.

"Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk penyenggaraan lif, mengecat semula rumah, pembersihan longkang dan ruang buangan sampah serta membaik pulih padang permainan. "Bagi tujuan itu, sebanyak RM100 juta akan disediakan kepada Tabung Penyenggaraan 1Malaysia di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan memperuntukkan RM82 juta bagi memulihkan lagi 20 projek rumah terbengkalai melibatkan 8,197 rumah.

Beliau berkata bagi terus mengukuhkan pasaran hartanah dan menambah peluang rakyat memiliki rumah, kerajaan akan melaksanakan pendekatan yang lebih efektif dan menyeluruh.

"Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan penubuhan Majlis Perumahan Negara untuk merangka strategi dan pelan tindakan secara menyeluruh; menyelaras aspek perundangan dan mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan lebih cekap dan cepat.

"Keanggotaan majlis ini terdiri daripada agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA, SPNB dan sektor swasta," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan