Keputusan PRK DUN Sungai Limau Diketahui Selewat-Lewatnya Pukul 10 Malam - Berita Semasa | mStar

Keputusan PRK DUN Sungai Limau Diketahui Selewat-Lewatnya Pukul 10 Malam

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

"Jika kedua-dua parti yang bertanding mematuhi arahan, datang awal ke pusat penjumlahan undi di Dewan Al-Hakim Sekolah Menengah Agama Yan dan tidak menimbulkan kekecohan, tiada masalah keputusan diumumkan awal," katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh Radio Nasional FM di sini, Jumaat.

Abdul Ghani berkata kertas undi juga telah siap dicetak.

Beliau menganggarkan peratusan keluar mengundi kali ini meningkat melebihi jumlah ketika pilihan raya umum lepas yang merekodkan 89.4 peratus.

Katanya lebih 50 peratus daripada 27,222 pengundi ialah mereka yang berumur bawah 40 tahun.

Sebanyak 16 peratus pengundi berumur antara21 dan 29 tahun, 22 peratus antara 30 dan 39 tahun, manakala 22.4 peratus berusia 40 hingga 49 tahun dan bakinya melebihi 50 tahun, katanya.

Beliau juga berkata selepas tiga hari berkempen, SPR mendapati kedua-dua parti bertanding berkempen secara berhemah kecuali pada hari penamaan calon yang ada pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 serta akta berkaitan pilihan raya.

"Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya merujuk kepada penggunaan pembesar suara dan berceramah semasa perarakan penyokong calon pada hari penamaan Rabu lepas. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan