GST: Ada Kesan Kenaikan Harga Tapi Baik Untuk Sistem Cukai - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin memberi kesan kepada kenaikan harga barang tertentu.

Beliau bagaimanapun berkata, kesan itu hanyalah jangka pendek kerana dari segi jangka panjangnya memberi kebaikan terhadap sistem percukaian.

"Kita anggarkan GST ini ada kesan jangka pendek, mungkin ada sedikit kenaikan harga barangan tertentu.

"Tetapi untuk jangka panjang... inilah yang terbaik untuk kita mengubah asas percukaian kita," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 di Parlimen di sini, Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat berkata bahawa kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan, dan ia diganti oleh GST.

Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya 6% berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu 5% dan 10%, manakala cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Khairy berkata, pelaksanaan GST itu akan berkuatkuasa mulai 1 April iaitu satu tempoh yang agak lama bagi membolehkan penilaian dilakukan.

"Jadi, ia memberikan notis yang cukup panjang untuk GST iaitu setahun lebih. Ia satu proses atau tempoh dalam menilainya.

"Dan saya juga menyifatkan kadar 6% itu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan cukai-cukai lain seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan," katanya.

Mengenai Bajet 2014, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyifatkan bajet kali ini sedikit-sebanyak dapat membantu dari segi kos sara hidup untuk golongan muda. "Ada faedah untuk pendidikan dan peluang latihan serta keusahawanan terutamanya untuk usahawan muda," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan