Cameron Highlands: Tidak Cukup Sekadar Membunyikan Siren - Devamany

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa sepatutnya tahu kesan melepaskan air yang banyak dari empangan dan tidak sekadar membunyikan siren, kata Datuk SK Devamany.

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands ini berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan boleh melakukan tindakan yang lebih baik, dengan segera melibatkan Rela atau Jabatan Pertahanan Awam untuk memberi amaran dan memindahkan penduduk kampung terlebih dahulu.

"Tekanan air meningkat kerana pengelodakan dan hujan lebat dan mereka terpaksa melepaskan air. Tetapi mereka perlu bertindak 'lebih lagi' untuk memberi amaran kepada orang ramai. Pada waktu itu penduduk sedang tidur dan membunyikan siren sahaja tidak mencukupi.

"Pihak berkuasa juga perlu tahu bahawa melepaskan jumlah yang besar air seperti yang dilakukan akan mempunyai kesan yang buruk," kata Devamany , yang kini merupakan speaker DUN negeri Perak, ketika dihubungi, Khamis.

Air yang dilepaskan dari Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar pada Rabu selepas siren dibunyikan mengakibatkan tiga orang mati, hampir 100 rumah musnah atau ditenggelami air dan lebih 100 kenderaan rosak teruk di Bertam Valley di Ringlet.

38 orang daripada kira-kira 80 keluarga kemudiannya diletakkan di dewan komuniti Ringlet.

Devamany berkata beliau telah mengadakan beberapa perbincangan dengan TNB mengenai bagaimana untuk menangani masalah seperti ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

"Pada masa saya dulu, TNB mempunyai rancangan untuk mengorek keseluruhan sungai untuk memperluaskannya tetapi projek itu ditangguhkan kerana dana kerana ia akan menelan kos RM40 juta untuk dilaksanakan," katanya.

Penduduk yang terjejas akibat banjir lumpur itu marah apabila mereka tidak diberi amaran secukupnya untuk melarikan diri dari rumah mereka.

Chew Hon Wah , 37, berkata air telah memasuki rumahnya dalam tempoh beberapa minit selepas penggera berbunyi, kira-kira tengah malam Rabu.

"Tiada siapa yang datang memberitahu kami supaya meninggalkan rumah kami. Pihak berkuasa patut melakukannya supaya kami masih boleh menyimpan dan menyelamatkan barang-barang kami,"katanya kepada wartawan.

"Kereta saya, dua buah motosikal, perabot semuanya musnah."

Petani Lee Sek Min, 58, juga berpendapat bahawa pihak berkuasa empangan sepatutnya memberi amaran kepada penduduk melalui komunikasi.

"Ia adalah di luar jangkaan. Semua orang berfikir paras air tidak berbahaya,"katanya.

"Pada tahun 1988 , paras air hanya mencapai pergelangan kaki kita. Kali ini ia berada pada paras dada kami."

Guru di SJK (C) Bertam Valley, Mohd Faizol Mohamed Nor, 31, mempersoalkan mengapa pihak berkuasa menunggu sehingga tengah malam untuk melepaskan air walaupun hujan lebat bermula pada kira-kira pukul 7 malam pada hari itu.

"Saya tidak tahu mengapa mereka memilih untuk menunggu begitu lama kali ini sehingga menyebabkan air yang dilepaskan dalam jumlah yang besar dan menyebabkan kerosakan begitu banyak, " katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan