Calon BN, PAS Bertembung Raih Undi

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Sohaimi Lazim (dua, kiri) bersalaman dengan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat (tiga, kiri) ketika berjumpa penduduk kampung dalam program memperkenalkan diri dan tinjauan mesra di Pasar Nat, Bukit Besar di Yan, Jumaat. -fotoBERNAMA
Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Sohaimi Lazim (dua, kiri) bersalaman dengan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat (tiga, kiri) ketika berjumpa penduduk kampung dalam program memperkenalkan diri dan tinjauan mesra di Pasar Nat, Bukit Besar di Yan, Jumaat. -fotoBERNAMA

YAN: Sudah menjadi adat berkempen, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya akan turun ke lokasi tumpuan masyarakat bagi meraih sokongan pengundi termasuk di pasar tani dan gerai-gerai menjual makanan.

Masuk hari ketiga berkempen, calon Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing tidak ketinggalan mengambil peluang bertemu penduduk setempat sebagai strategi kempen.

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat secara kebetulan bertembung ketika berkempen di Pasar Tani Bukit Besar kira-kira pukul 9.45 pagi Jumaat.

Kedua-dua calon sempat bersalaman dan bertanya khabar masing-masing mengenai pengalaman berkempen sejak disahkan bertanding sejak hari penamaan calon pada Rabu lalu.

Ahmad Sohaimi dan Mohd Azam dilihat menerima sambutan yang baik daripada pengunjung pasar tani tersebut apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bergambar dengan mereka.

Munurut Ahmad Sohaimi, beliau gembira apabila menerima layanan baik walaupun ketika bertemu dan memasuki kawasan penyokong PAS.

"Alhamdulillah, cara kempen begini yang ingin kita lihat apabila mereka menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka.

"Ini memberi gambaran dan harapan bahawa BN boleh diterima walaupun dikawasan PAS," katanya.

Sementara itu calon PAS, Mohd Azam berkata beliau turut berpuas hati dengan sambutan yang diterimanya daripada penduduk setempat.

"Setakat hari ini saya rasakan peluang menerima sokongan itu ada. Lagipun saya bukanlah orang asing dikalangan penduduk dan pengundi di sini.

"Mudah-mudahan sokongan yang diterima ini dapat dizahirkan di kertas undi pada hari pengundian 4 November nanti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan