Belanjawan 2014: Strategi BN Masih Di Tahap Lama - Abdul Khalid - Berita Semasa | mStar

Belanjawan 2014: Strategi BN Masih Di Tahap Lama - Abdul Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) berkata pembentangan Belanjawan 2014 menunjukkan cara dan strategi kerajaan Barisan Nasional masih berada di tahap yang lama.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk mengkaji bagaimana kos pentadbiran dan birokrasi dapat dikurangkan.

"Ini kerana kita dapati setiap tahun terdapat kenaikan perbelanjaan yang tidak menunjukkan satu hasil peningkatan.

"Oleh sebab itu, kita perlu mengkaji semula bagaimana bukan sahaja hasil dapat ditingkatkan tapi kos dan perbelanjaan cuba kita sekat daripada meningkat banyak," " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Jumaat.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, pada dasarnya kadar GST 6% tidak cukup untuk menambah pendapatan kerajaan kerana kos pengendaliannya dianggarkan lima hingga sepuluh peratus.

"Jadi kalau kos sudah lima peratus pendapatan kerajaan hanya bertambah satu peratus.

"Kita tidak menyokong GST dilaksanakan sehingga pendapatan rakyat tinggi dan pengagihan banyak," katanya.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan tetap ingin melaksanakan GST, kadar yang ditetapkan mestilah untuk meningkatkan pendapatan dan bukan untuk menguruskan GST.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan