Siren Amaran Dibunyikan Satu Jam Sebelum Air Empangan Ringlet Dilepaskan

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan di Ringlet, Cameron Highlands dilepaskan.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata mengikut SOP, penduduk seharusnya berwaspada apabila siren dibunyikan tanpa henti bagi mengosongkan kawasan kediaman kerana limpahan dari empangan boleh menyebabkan banjir kilat. "Selain itu, pihak polis juga membuat rondaan sambil menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada penduduk berpindah serta-merta demi keselamatan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan beberapa pihak dalam internet bahawa siren amaran lambat dibunyikan. "Saya sendiri berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands...dakwaan itu tidak benar kerana sebelum pelepasan air yang pertama pada 1 pagi, pihak berkuasa empangan telah membunyikan siren," katanya.

Soiman menjelaskan setiap empangan mempunyai SOP sendiri dan lazimnya penduduk akan dimaklumkan segera oleh pihak berkuasa empangan jika berlaku limpahan air di empangan.

Beliau berkata pada setiap musim tengkujuh, air di empangan akan melimpah sekiranya ia tidak dilepaskan ke saliran tertentu dan ini boleh mengakibatkan bencana besar.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga orang terbunuh - dua daripadanya lemas dan seorang akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah susulan pelepasan air empangan di Ringlet.

Kejadian itu turut memusnahkan 80 kediaman musnah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan