RM40 Juta Diperlukan Untuk Penempatan Baharu, Baik Pulih Kawasan Sungai Bertam

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat awal hari Rabu.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, Rabu.

Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu turut menyebabkan tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung.

Seorang wanita Indonesia pula masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki tempatan cedera.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet, beliau berkata bantuan seperti makanan, baju dan keperluan lain akan segera disalurkan kepada mereka.

Seramai 54 mangsa melibatkan 12 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan