Pelepasan Air Empangan Sultan Abu Bakar Ikut SOP - TNB

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands awal pagi tadi adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini, air telah dilepaskan secara terkawal sebagai langkah mengelak seluruh kawasan Lembah Bertam dilanda banjir.

Hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras maksimum.

"TNB telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, sebelum melepaskan air secara terkawal," menurut kenyataan itu.

Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan itu yang dilepaskan, melimpah secara mendadak pada awal pagi.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut manakala seorang lagi masih hilang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan