Pelepasan Air Bagi Elak Bencana Lebih Besar - TNB

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelepasan air secara terkawal di Empangan Sultan Abu Bakar terpaksa dilakukan bagi mengelak bencana lebih besar melanda Lembah Bertam.

Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands Mustafa Hashim berkata jika perkara itu tidak dilakukan, keempat-empat pintu alur limpah empangan itu akan terbuka secara automatik dan mengakibatkan banjir lebih buruk.

TNB telah memaklumkan kepada pihak keselamatan dan ketua kampung Lembah Bertam pada malam semalam iaitu semasa paras air di empangan itu mencecah paras 3,505 kaki iaitu paras yang memerlukan pihak berkuasa memulakan proses pemindahan penduduk, katanya dalam kenyataan di sini.

"Sebuah pintu alur limpah telah dibuka pada jam 12.05 tengah malam semalam apabila paras air mencecah 3,509.6 kaki. Ini adalah di luar jangkaan," katanya.

Dua orang maut akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands, dalam kejadian 1 pagi Rabu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan