Maximus, Yee Kekal Jawatan Timbalan Presiden PBS

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr.Maximus Ongkili mengangkat tangan ketika diumumkan sebagai pemenang Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menewaskan Datuk Henrynus Amin pada Persidangan Perwakilan Tahunan (PBS) Ke-28 di Hongkod Koisaan Penampang di Kota Kinabalu, malam Rabu. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Dr Yee Moh Chai masing-masing mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bukan Islam Bumiputera dan Cina, dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Parti Bersatu Sabah (PBS), malam Rabu.

Bagaimanapun, penyandang kuota Muslim, Datuk Almudin Kaida kalah kepada bekas Ketua Wanita PBS Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Pemilihan PBS Datuk Johnny Mositun.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, serta Yee yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, masing-masing menghadapi pertandingan satu lawan satu, iaitu Ongkili dicabar oleh bekas Setiausaha Agung parti Datuk Henrynus Amin, manakala Yee ditentang Pembantu Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Edward Yong Oui Fah.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 18 tahun jawatan timbalan presiden bagi kuota bukan Islam Bumiputera dipertandingkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan