Malaysia Terus Bekerjasama Rapat Dengan PBB - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani cabaran yang masih berterusan terutama di peringkat subnasional.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun Malaysia berada pada landasan betul untuk mencapai kebanyakan matlamat pembangunan millennium (MDG) mengikut tahapnya, "kita sedar yang negara perlu berusaha dan menangani cabaran-cabaran itu."

"Cabaran itu termasuk isu kematian ibu dan anak, HIV dan Aids, kemiskinan, ketidaksamaan pendapatan, mencapai persamaan jantina terutama dalam peratusan perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan dalam bidang perniagaan dan kehidupan awam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-68 PBB dan Hari PBB di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata kerajaan Malaysia juga terus bekerjasama dalam mewujudkan keamanan di seluruh dunia melalui Pusat Pengaman Malaysia di Port Dickson, yang melatih pasukan pengaman dari Malaysia, serantau dan dunia.

"Setakat ini lebih 20,000 anggota lelaki dan wanita Malaysia telah membantu usaha pengamanan PBB dan akan kita akan meneruskan sumbangan penting ini dalam usaha kita mewujudkan dunia yang suara kesederhanaan mengatasi ektremisme.

Muhyiddin berkata perkongsian yang telah lama wujud dengan PBB ini mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kewarganegaraan bertanggungjawab.

"Ia juga bagi menunjukkan keyakinan PBB dalam menyokong operasi PBB yang kritikal di seluruh dunia dengan persekitaran stabil yang kita tawarkan," katanya.

Muhyiddin juga berkata Malaysia menyambut baik peranan berterusan PBB sebagai rakan kongsi kerajaan dalam penggubalan dasarnya, mengatur respons pragmatik untuk disesuaikan dengan komitmen yang dijanjikan kepada rakyatnya.

PBB, katanya, bekerjasama dengan pasukan pakar Malaysia dalam kerajaan dan institusi akademik serta pemimpin persatuan sivil dalam memberikan input utama kepada program pembangunan jangka sederhana dan panjang kerajaan serta strategi sektoral dalam membantu membawa peningkatan terhadap taraf kehidupan rakyat Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan