Lima Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kedah

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lima pusat pemindahan banjir dibuka di seluruh Kedah bagi menampung mangsa banjir berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Bertugas Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri Kedah, Marwani Omar berkata sehingga pukul 4 petang, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan adalah seramai 360 orang dari 102 keluarga.

Katanya di daerah Baling, sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Surau Ladang Kuala Ketil dengan seramai 45 mangsa dari 12 keluarga.

Di daerah Kota Setar, tiga pusat dibuka iaitu di Surau Syakirin, Dewan Kampung Kelompang dan Sekolah Kebangsaan Titi Gagah membabitkan 65 mangsa dari 19 keluarga.

Di Pendang, seramai 250 mangsa dari 71 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan Kompleks Sukan Rakan Muda. Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat hampir setiap hari di Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan