Laporan Audit: PAC Panggil 4 Kementerian, 2 GLC Beri Penjelasan

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Jazlan.
Nur Jazlan.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil empat kementerian dan dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan depan bagi memberikan penjelasan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata yang dinamakan ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri serta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nur Jazlan yang juga anggota Parlimen Pulai berkata, PAC juga akan memanggil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung laporan audit masing-masing.

"Kementerian Pengangkutan akan dipanggil memberi penjelasan berhubung kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang menelan belanja sebanyak RM4 bilion berbanding peruntukan asal berjumlah RM1.6 bilion," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kedua PAC di Bangunan Parlimen di sini, Khamis.

PAC juga akan menyoal Kementerian Pengangkutan berhubung isu Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang dilaporkan mempunyai 599 lubang di landasannya.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula akan ditanya mengenai isu pembelian tiga insinerator yang bermasalah dan tidak mengikut spesifikasi untuk berfungsi dengan baik.

Nur Jazlan berkata, PAC akan meminta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan berikutan kegagalan mematuhi garis panduan ditetapkan dalam membekalkan pegawal keselamatan berkualiti di sekolah-sekolah.

Kementerian Dalam Negeri pula diminta memberi penjelasan berhubung beberapa isu lain termasuk kehilangan aset Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"LHDN dan Kastam diminta memberi penjelasan berhubung kelemahan pengutipan cukai dan prosedur kerja. 1MDB pula diminta memberi penjelasan mengenai cara menguruskan dana supaya memberi ketelusan kepada isu-isu berbangkit dalam laporan audit itu," katanya.

Khazanah pula diberi tempoh dua minggu untuk memberikan jawapan rasmi berhubung laporan media mengenai syarikat pelaburan negara itu yang mengalami kerugian tunai dalam beberapa projek yang dilaksanakan.

"Khazanah telah diaudit pada 2012 tetapi skop audit tidak menyeluruh dan beberapa isu ditimbulkan dalam media yang mewujudkan kekeliruan. Oleh itu, kami telah menyalurkan soalan melalui Jabatan Audit Negara meminta Khazanah memberikan penjelasan," katanya.

Selain itu, PAC turut meminta maklumat daripada pihak Felda mengenai pembelian hartanah di London supaya jawatankuasa dapat meneliti penjelasan itu sebelum membuat keputusan sama ada perkara itu perlu disiasat lebih lanjut.

"Perkara lain ialah laporan NFC (National Feelot Corporation) yang telah disiasat PAC, tetapi belum dapat dibentangkan di Parlimen kerana belum diluluskan lagi oleh jawatankuasa PAC yang baharu," katanya.

Nur Jazlan turut menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi penjelasan kepada PAC berhubung isu bayaran artis K-Pop bernilai RM1.6 juta di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Menteri akan dipanggil pada 14 November ini, dan saya turut menyeru menteri-menteri berkenaan mencontohi tindakan Ahmad Shabery," katanya.

Nur Jazlan berkata, permintaan Ahmad Shabery untuk mengadakan siaran langsung prosiding PAC ditolak memandangkan ia bertentangan dengan Perkara 85 Peraturan Dewan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan