Harga Telefon Pintar di Malaysia Antara Yang Termurah - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga alatan komputer dan telefon pintar di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia kerana kerajaan komited meningkatkan akses teknologi maklumat (IT) kepada rakyat. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan pelbagai cukai tambahan untuk mereka menikmati kemudahan IT.

"Jika kita ke negara lain, kita akan dapati harga gadget (alatan) komputer termasuk smartphone (telefon pintar), iPhone, iPad dan sebagainya di sini adalah murah. Jika kita lihat harga iPhone di Amerika Syarikat, tidak ada bezanya di sini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang bertanya jika kerajaan berhasrat memberikan potongan cukai kepada gadjet komputer dan telefon pintar bagi membolehkan rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman menikmati kemudahan IT.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi kerana ia adalah pengukur dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negara pada masa kini.

Dalam perihal jalur lebar, beliau menjelaskan terdapat tiga perkara yang penting iaitu penembusan, liputan dan kepantasan.

"Untuk penembusan, kita telah mencapai sebanyak 67 peratus dan ia adalah satu angka yang boleh dibanggakan berbanding beberapa negara lain. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam sudut kepantasan," katanya.

Ahmad Shabery menjelaskan usaha untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi bukan terletak kepada kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama daripada kerajaan tempatan.

Sebagai contoh, katanya kerajaan tempatan diminta membuat perancangan mengenai infrastrutur komunikasi di taman perumahan baharu yang akan dibina bagi memudahkan tapak untuk memasang fiber optik dapat dijalankan dengan mudah sekiranya kawasan itu mempunyai masalah penembusan komunikasi seperti jalur lebar. "Sekiranya tiada tapak disediakan, syarikat telco (telekomunikasi) perlu mencari tapak yang sesuai dan mungkin perlu menyewa tanah itu...sewaan yang tinggi akan dipindahkan kepada pengguna," katanya.

Mengenai program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Ahmad Shabery berkata sehingga kini, sebanyak 4,380 kampung itu telah diwujudkan selain merancang untuk menubuhkan 306 lagi.

Selain itu, sebanyak 121 Pusat Internet 1Malaysia diwujudkan di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara, 99 perpustakaan jalur lebar dibangunkan di perpustakaan terpilih dan pengagihan Komputer 1Malaysia telah melebihi 1 juta unit. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan