Hadi Serang BN Guna Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

YAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan membangkitkan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dengan menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Modal kempen itu dilihat bertentangan dengan saranan parti itu sendiri sebelum ini agar BN tidak menggunakan isu-isu agama ketika berkempen.

Menurut Abdul Hadi, Umno gagal menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Islam mengikut landasan yang betul.

Malah Abdul Hadi sekali lagi mempertahankan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Kalau orang kafir, orang bukan Islam nak sebut kalimah Allah itu hal dia. Kalau mereka nak kelirukan orang Islam...kita kena jawab.

"Apa yang penting penjelasan kita. Umno tidak istiqamah, tidak ikut landasan yang betul dalam masalah kalimah Allah iaitu menggunakan hukum syarak," katanya ketika berceramah di Kampung Padang Lumat, Batu 16 di sini, Rabu malam.

Tindakan Abdul Hadi membangkitkan isu kalimah Allah ternyata bertentangan dengan gesaan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar agar Umno mengelak daripada menggunakan isu-isu agama dan perkauman dalam kempen mereka.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.

Mengulas lanjut Abdul Hadi mendakwa Umno gagal mengangkat martabat Islam menerusi perjuangannya.

Menurut Abdul Hadi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan pentadbiran berat sebelah apabila berkata isu larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Mereka nak tunjuk mereka pun nak perjuangkan Islam walaupun kadang-kadang salah langkah. Baru-baru ini nak tunjuk pertahan sangat Islam, pertahan kalimah Allah...tapi tak kena cara," katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat dan wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan