Calon BN Sungai Limau Serius Perbaiki Hubungan Sosial - Berita Semasa | mStar

Calon BN Sungai Limau Serius Perbaiki Hubungan Sosial

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim merancang menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan Ummah (JPU) bagi memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai pendekatan baru dalam politik.

Bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, generasi muda perlu dilengkapkan dengan persediaan terutama dalam memperbaiki hubungan sosial dalam masyarakat.

"Saya mahu tampilkan idea untuk bawa satu pendekatan baru dalam politik di sini dengan menubuhkan jawatankuasa ini.

"JPU penting supaya kita boleh mendidik anak-anak kita, generasi muda menyertai politik sebagai pelapis yang akan membawa masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik," katanya di Simpang Tiga Sungai Limau di sini, Khamis.

Mengulas lanjut Ahmad Sohaimi berkata, sekiranya dilipih menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, beliau akan menumpukan kepada usaha mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat selain memberi perhatian mengenai pembangunan fizikal.

"Menerusi JPU ini keanggotaannya kita akan cari di kalangan anak-anak tempatan di Sungai Limau. Kita akan gabungkan golongan ilmuan, korporat, agamawan serta semua kelompok masyarakat.

"Kita akan cari jalan tingkatkan perpaduan dalam masyarakat dan menjana program yang bercorak keilmuan. Saya yakin masyarakat di sini ada potensi untuk dimajukan khususnya generasi muda," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan