Banjir Lumpur: Kematian & Kemusnahan di Tanah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah kereta musnah teruk dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam pada awal pagi Rabu.
Sebuah kereta musnah teruk dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam pada awal pagi Rabu.

CAMERON HIGHLANDS: Air yang dilepaskan daripada empangan janakuasa elektrik Sultan Abu Bakar selepas siren dibunyikan sama ada didengari atau tidak dipedulikan telah menyebabkan kematian dan kemusnahan di Lembah Bertam di Ringlet di sini.

Setakat berita ini ditulis, tiga orang disahkan meninggal dunia, dengan lebih 100 buah rumah rosak serta lebih daripada 100 kenderaan rosak teruk akibat ditenggelami air.

38 orang daripada 80 keluarga telah ditempatkan di dewan orang ramai Ringlet.

Polis berkata dua individu yang terbunuh dalam kejadian tersebut merupakan pekerja asing sementara seorang lagi rakan mereka dilaporkan masih hilang.

Sementara seorang warga emas berusia 51 tahun yang tiba-tiba mengalami serangan jantung ketika insiden tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan menunju ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata.

Seorang lagi, lelaki berusia 38 tahun pula cedera dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Polis berkata paras air daripada empangan yang di bawah kuasa Tenaga Nasional itu dilepaskan sebanyak tiga kali iaitu, pada 12 tengah malam, 1 pagi dan 2.45 pagi Rabu.

Keadaan mula bertukar huru-hara apabila air daripada empangan berkenaan dilepaskan kali kedua hingga menyebabkan air melimpah masuk ke dalam kawasan tanah perumahan Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang.

Sebahagian daripada 15 rumah kongsi musnah apabila banjir lumpur menghanyutkan rumah mereka ke dalam Sungai Bertam.

Polis mengesahkan indentiti kedua-dua mangsa yang terbunuh ialah pekerja warga Bagladesh, Md Jahangir Alam, 30, dan 46-Kesmat, 46, yang merupakan warga Indonesia.

Warga tempatan yang meninggal dunia pula dikenali sebagai, Tam Tuck Choi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat pertama ditemui di dua rumah yang berasingan pada pukul 8 pagi sementara mayat kedua pada pukul 8.15 pagi.

Beliau menambah operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan bagi mencari seorang lagi mangsa warga Indonesia, Jarwati, berusia 17 tahun.

Beliau berkata air daripada empangan berkenaan terpaksa dilepaskan kerana ia telah mencapai paras berbahaya ekoran hujan lebat yang turun sejak 7 petang Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata paras air yang biasa daripada empangan tersebut ialah 3498 meter.

Apabila ia mencecah ke paras 3508m, air terpaksa dilepaskan, ia mengakibatkan limpahan air di Sungai Bertam, sekaligus menyebabkan banjir lumpur berlaku.

"Siren telah dibunyikan bagi memberitahu penduduk kampung sebelum air dilepaskan dan operasi menyelamat bermula apabila air mula naik ke paras tertinggi pada pukul 2 pagi," katanya.

Beliau berkata insiden serupa pernah berlaku pada 1988 namun situasi yang berlaku tidak seburuk apa yang berlaku.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon 3 Negeri Pahang Yusaimi Zulkifli berkata air berkenaan akan dilepaskan secara automatik apabila ia mencapai paras 3510 meter.

Pegawai Daerah, Ahmad Daud berkata kerajaan memang sedang merancang untuk mendalamkan Sungai Bertam dan kos berkenaan dijangka menelan belanja RM40 juta.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar turut melawat tapak kejadian berkata bantuan kebajikan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Palanivel berkata beliau akan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keperluan untuk mempercepatkan proses mendalamkan sungai berkenaan.

"Ramai yang tinggal di sini lebih daripada 30 tahun, jadi kita perlu menyediakan lokasi tempat tinggal yang lebih sesuai kepada mereka.

"Adalah tidak selamat untuk mereka tinggal berhampiran dengan tebing sungai," katanya.

Beliau turut melawat mangsa di dewan orang ramai serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan