Abdul Hadi Dijangka Pertahan Jawatan Presiden PAS

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mempertahankan jawatan Presiden PAS bagi penggal 2013-2015 pada pemilihan muktamar parti itu, 22 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, ini kerana borang pencalonan seorang lagi calon bertanding jawatan itu tidak memenuhi syarat pemilihan.

"Setiap calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pencadang dan seorang penyokong untuk pencalonan bagi jawatan itu. Namun individu itu hanya mempunyai salah satu kriteria itu," katanya.

Asmuni berkata demikian pada sidang media mengumumkan senarai calon yang layak bertanding jawatankuasa kerja PAS Pusat di sini pagi, Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon yang ditolak itu kerana segala maklumat berkaitan pemilihan parti itu adalah sulit dan persendirian.

"Kami hanya akan mendedahkan nama calon yang layak bertanding. Namun apa yang boleh saya beritahu anda adalah calon itu sama dengan negeri kelahiran Abdul Hadi dan dia mencalonkan diri sendiri," katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Fadzil Mohd Noor sejak 2003.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata jawatankuasa itu menerima enam pencalonan tetapi hanya lima sahaja yang diterima iaitu Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ada 12 pencalonan dibuat bagi jawatan Naib Presiden tetapi yang diterima 10. Mereka yang dicalonkan ialah Abu Bakar Chik, Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Mohd Amar Abdullah, Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man," katanya.

Asmuni berkata, kesemua calon perlu menghantar surat jawapan pencalonan pada 8 November depan sebelum pukul 5 petang. Katanya, jika calon gagal berbuat demikian, pencalonan mereka akan ditolak serta merta. "Kita akan cuba hubungi semua calon untuk memaklumkan sama ada mereka sudah terima surat pencalonan itu. Surat itu juga akan dipos jika mereka tidak boleh mengambilnya di pejabat Agung PAS di sini pada 28 Oktober ini sebelum pukul 2 petang," katanya.

Pemilihan muktamar PAS kali ini turut menyaksikan penyandang Ketua Pemudanya, Nasarudin Hassan Thantawi dicalonkan semula untuk bertanding jawatan itu.

Lima lagi yang dicalonkan adalah Kamarulzaman Muhammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Dr Riduan Mohd Noor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Sharif.

Antara jawatan lain yang turut dipertandingkan adalah Ketua Dewan Muslimat PAS yang menyaksikan penyandangnya Siti Zailah Mohd Yusof dicalonkan semula bagi mempertahankan jawatan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan