Sawah & Lumpur Tetap Sebati Dalam Diri Calon BN

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri kepada Calon Barisan Nasional DUN N20 Sungai Limau, Siti Bunga Ismail, 40 ketika ditemubual mengenai suami beliau Dr Ahmad Suhaimi Lazim yang akan bertanding untuk Pilihanraya Kecil DUN N20 Sungai Limau di Yan pada Selasa.
--fotoBERNAMA
Isteri kepada Calon Barisan Nasional DUN N20 Sungai Limau, Siti Bunga Ismail, 40 ketika ditemubual mengenai suami beliau Dr Ahmad Suhaimi Lazim yang akan bertanding untuk Pilihanraya Kecil DUN N20 Sungai Limau di Yan pada Selasa. --fotoBERNAMA

YAN: Walaupun memegang jawatan tinggi sebagai pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, tetap turun ke sawah setiap kali pulang ke kampungnya.

Kawan rapatnya Che Me Jaih, 61, berkata Ahmad Sohaimi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Sohaimi di kalangan rakan-rakannya dan penduduk kampung, juga tidak sombong dan meninggi diri walaupun memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang sejarah politik

Beliau berkata Cikgu Sohaimi yang dikenali sejak kecil, walaupun menetap di luar Kedah tetap meluangkan masa untuk balik ke kampung dan mendekati penduduk setempat.

"Dia duduk dekat Tanjung Malim, sanggup balik ke kampung selepas dapat undangan kenduri rakan-rakan walaupun hanya kenduri = kesyukuran sahaja," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata Ahmad Sohaimi juga boleh disifatkan sebagai rakan yang prihatin dan sanggup membantu rakan yang dilanda masalah, dan menyelesaikannya dengan segera.

Ahmad Sohaimi dilahirkan di Kampung Titi Batu di sini dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teroi dan Sekolah Menengah Guar Chempedak sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM), sebelum menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) untuk peringkat sarjana sebelum kembali ke USM untuk ijazah doktor falsafah.

Sementara itu, isteri Ahmad Sohaimi, Siti Bunga Ismail, 40, berkata suaminya amat prihatian dengan keperluan penduduk kampungnya, dan untuk itu beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai pensyarah kanan UPSI untuk berbakti kepada mereka.

Malah beliau sentiasa bertekad untuk membantu penduduk setempat khususnya di kawasan Sungai Limau dalam aspek pendidikan dan pembangunan, katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Titi Batu di sini.

Siti Bunga tidak menafikan suaminya kini dalam kerjaya yang amat selesa tetapi sanggup meninggalkan jawatan tinggi itu demi penduduk Sungai Limau, yang merupakan kampung kelahirannya.

"Ini cita-cita suami saya untuk bantu rakyat. Ini peluang dia untuk capai cita-cita itu sekaligus dapat membantu masyarakat setempat sejajar dengan misinya meningkatkan tahap pendidikan penduduk kawasan itu," katanya.

Siti Bunga berkata suaminya lebih bersemangat untuk bertanding dalam kubu kuat PAS selepas mendapat kata-kata semangat dan sokongan penduduk kampung itu dan kawasan sekitar.

Hasil perkahwinan Siti Bunga dengan Ahmad Sohaimi, mereka dikurniakan enam orang anak dengan yang sulung Mohd Ashraf merupakan graduan ijazah sarjana muda undang-undang UM, yang kedua Siti Suraya lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang "Engineering Technology in Naval Architecture and Shipbuiling" di UniKL MIMET.

Anak ketiganya Siti Amirah merupakan lulusan ijazah sarjana muda Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM), sementara anak keempatnya Siti Balqis sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dua anak bongsunya, masing-masing, pelajar Tingkatan Tiga dan murid Tahun Empat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan