ROS Belum Terima Dokumen Pemilihan CEC Baharu DAP

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum menerima sebarang dokumen daripada DAP selepas pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 29 September lepas.

Ketua Penolong Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS Dasmond Das Michael Das berkata DAP mempunyai 30 hingga 60 hari daripada tarikh Kongress Khas parti itu untuk menghantar dokumen berkaitan pemilihan semula.

Selain itu, beliau berkata dokumen berhubung pemilihan semula itu penting untuk membolehkan ROS menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterma berhubung CEC baharu itu.

"ROS telah menerima dua aduan berhubung pemilihan CEC baharu DAP pada September lalu. Sehubungan itu, ROS akan menjalankan siasatan terperinci dan DAP perlu menghantar dokumen berkaitan secepat mungkin.

"ROS perlu bersikap adil dalam hal ini...buat masa ini siasatan sehala sahaja. Kami akan tunggu penjelasan DAP dengan mendapatkan dokumen berhubung perkara itu agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September selepas ROS tidak berpuas hati dengan perjalanan CEC pada Disember lalu berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Namun begitu, pemilihan semula CEC pada 29 Sept lepas turut didakwa tidak telus kerana terdapat anggota yang telah dipecat turut mengundi pada pemilihan itu.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass mengesahkan beliau sendiri mengundi bagi memilih anggota CEC pada pemilihan 29 September sedangkan beliau telah dipecat serta-merta daripada DAP 2 Julai lepas.

Terdahulu, Dasmond Das menerima surat aduan daripada bekas anggota DAP Cawangan Serdang Baru Yap Kon Min berhubung dakwaan ketidaktelusan pemilihan pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor pada tahun 2010 kerana anggota DAP yang muflis dibenar mengundi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan