Peruntukan RM2 Juta Untuk Baik Pulih Jalan Di DUN Sungai Limau - Shafie Apdal

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan hampir RM2 juta bagi membaik pulih jalan-jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan itu diluluskan bukan kerana pilihan raya tetapi disebabkan keperluan untuk penduduk di kawasan berkenaan.

"Banyak jalan dalam kawasan itu berlubang." katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kementerian itu berupa wang tunai dan barang makanan kepada lebih 200 keluarga dari 12 kampung di kawasan Pinang Tunggal di sini yang dilanda banjir sejak Ahad lepas.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Merdeka Ali Yahya dan timbalan ketua Umno bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusoff.

Mohd Shafie berkata bantuan itu diberikan untuk meringankan beban mangsa banjir di kawasan itu.

Pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian itu juga telah diarah membuat penilaian bagi membantu membaik pulih rumah penduduk yang perlu dibantu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan