Pemuda Umno Gelang Patah, Sabak Bernam Pilih Khairul Azwan Harun

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Perwakilan Pemuda Umno Gelang Patah di Johor dan Sabak Bernam di Selangor pada Rabu memilih Ketua Pemuda Perak Khairul Azwan Harun sebagai naib ketua Pemuda pusat.

Pemilihan semula itu berlangsung berikutan terdapat sedikit keraguan dalam keputusan di kedua-dua bahagian berkenaan selain di Umno Bahagian Bachok di Kelantan, ketika pemilihan sayap parti itu 12 Oktober lepas.

Ketika mengumumkan keputusan pengundian bagi Gelang Patah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Azmi Khalid berkata, Khairul Azwan mendapat 96 undi manakala pesaingnya Jamawi Jaafar, yang juga bekas Exco Pemuda, mendapat 61 undi.

"Sebanyak 160 kertas undi dikeluarkan dan ada tiga undi rosak," katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di sebuah hotel di sini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan itu yang diadakan semula apabila Khairul Azwan dan Jamawi, dua daripada empat calon yang bersaing bagi jawatan itu, sebelum ini terikat dengan keputusan undi seri 73-73.

"Semuanya berjalan lancar. Pemuda Gelang Patah menunjukkan tahap kematangan dan kerjasama kepada jawatankuasa pemilihan. Kita lihat mereka beri komitmen untuk datang walaupun pada hari bekerja," kata Abdul Rauf.

Di SELANGOR, perwakilan Pemuda bahagian Sabak Bernam memilih Khairul Azwan dengan kiraan 161 undi berbanding 69 undi untuk Jamawi, dan satu undi rosak.

Keputusan diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Saharudin Amir Ajil di Bangunan Umno Sabak Bernam.

Pemilihan semula itu menyaksikan 231 perwakilan hadir mengundi daripada 248 perwakilan yang layak mengundi.

Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini berkata, pihaknya hanya akan mengadakan pemilihan semula pada Jumaat kerana kekangan masa selain Jumaat merupakan hari cuti dan sesuai untuk perwakilan mengundi semula. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan