PAC Akan Bentang Laporan NFC di Parlimen - Tony Pua

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony Pua.
Tony Pua.

KUALA LUMPUR: Laporan terhadap penyalahgunaan dana awam RM250 juta bagi projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dibentangkan di Parlimen selepas ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersetuju dengan perkara itu.

Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua berkata, laporan berkenaan telah disiapkan, namun disebabkan mesyuarat jawatankuasa di bawah Parlimen berkenaan dilakukan selepas selesai sidang Dewan Rakyat, ia tidak dapat dibentangkan.

"Sebenarnya siasatan dan laporan dah habis dan dimuktamadkan dalam PAC lalu. Tetapi laporan disiapkan dalam sesi terakhir Parlimen penggal lalu tapi tak dapat dibawa ke Parlimen.

"Sekarang ia akan dibentangkan semula kepada ahli PAC yang baru dan jika semua ahli bersetuju dengan laporan PAC sebelum ini, kita akan bentangkan dalam Parlimen," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, berdasarkan jawapan bertulis yang diterimanya berhubung dana RM250 juta projek yang diuruskan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu, menunjukkan tiada syarikat bersedia mengambil alih liabiliti projek berkenaan.

"Tidak ada syarikat akan ambil alih projek NFC. Kita tak terkejut mana ada syarikat mahu membayar dan mengambil alih RM250 juta dan tambah pelaburan untuk uruskan NFC.

"Apa jadi tunggakan RM250 juta itu, masih dihutang NFC yang dimiliki keluarga Shahrizat? Kenapa satu sen pun belum dipulangkan. Kenapa tak ambil tindakan undang-undang untuk dapatkan balik wang tersebut," katanya.

Isu NFC, yang diterajui Datuk Seri Mohamad Salleh, suami Shahrizat mula mendapat perhatian ramai selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Bagaimanapun, Shahrizat menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan