Naib Ketua Pemuda Umno: Sabak Bernam, Gelang Patah Adakan Pemilihan Semula Rabu, Bachok Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya dua bahagian Umno, Sabak Bernam (Selangor) dan Gelang Patah (Johor) yang akan mengundi semula jawatan naib ketua Pemuda pada Rabu.

Sebelum ini dilaporkan, kekosongan jawatan timbul berikutan terdapat sedikit keraguan dalam keputusan di tiga bahagian membabitkan Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok di Kelantan ketika pemilihan sayap itu 12 Oktober lepas.

Oleh itu ketiga-tiga bahagian perlu mengadakan pemilihan semula jawatan itu pada Rabu.

Namun, Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa pihaknya baru menerima notis (surat) mengadakan semula pemilihan itu daripada ibu pejabat Umno pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya hanya akan mengadakan pemilihan semula pada Jumaat ekoran kekangan masa selain Jumaat merupakan hari cuti dan sesuai untuk perwakilan mengundi semula.

Ketika ini, Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun, dua daripada empat calon yang bersaing dalam pemilihan jawatan itu terikat dengan keputusan undi seri 73-73, menerusi undian oleh kira-kira 70,000 perwakilan Pemuda daripada 190 bahagian (tidak termasuk Gelang Patah) yang diberi hak memilih kepimpinan sayap pada pemilihan kali ini.

Selain Jamawi, yang juga bekas Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan, perwakilan di ketiga-tiga bahagian itu akan mengundi semula bagi dua lagi calon naib ketua Pemuda iaitu Lokman Noor Adam dan Mohamad Iruan Zulkefli.

Jamawi ketika dihubungi Bernama berkata beliau tiada masalah mengenai perkara tersebut (dua dari tiga bahagian akan mengundi esok) dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan bijak dalam memilih pemimpin yang boleh berkhidmat kepada mereka.

"Mereka perlu memilih pemimpin yang boleh menjalankan kerja dengan amanah dan membawa suara dari akar umbi ke peringkat atasan selain mendengar denyut nadi anak luar bandar. "Ini kerana pemimpin yang dilantik ini perlu mencorak kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-14 nanti," katanya.

Bagaimanapun cubaan mendapatkan komen daripada Khairul Azwan mengenai pemilihan Rabu gagal.

Sementara itu,Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi berkata "Saya tidak dengar apa-apa lagi mengenai Umno Bachok. Saya di Johor. Nanti saya akan periksa dengan mereka kenapa (adakan pemilihan pada Jumaat)."

Jamawi dan Khairul Azwan sebelum ini telah bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian berkenaan bagi menentukan pemenang jawatan itu, dan kedua-duanya berikrar untuk terus menyumbang kepada parti walau apapun keputusan yang diperoleh pada Rabu.

Pengundian akan dijalankan menurut sistem 'electoral college', menyaksikan bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon dari sesebuah bahagian, dikira sebagai hanya satu undi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan